Program Pasca UASA: Jalinan Kasih-Santuni Warga Emas Program Pasca UASA bertemakan "Jalinan Kasih-Santuni Warga Emas" telah berjaya dilaksanakan pada 26 November 2025 (Rabu) bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Bukit Mentok.
Kemuncak program adalah sesi interaksi antara pelajar dan warga emas melalui "Aktiviti Bersama WE" iaitu aktiviti membuat kuih butir nangka.
Secara keseluruhannya, program ini mencapai matlamatnya untuk menjalin ukhuwah dan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Keterlibatan aktif pelajar dalam aktiviti bersama warga emas memaparkan semangat hormat-menghormati dan kasih sayang antara generasi. Program seumpama ini dilihat penting dalam memupuk nilai murni dan memanfaatkan masa pasca peperiksaan dengan aktiviti yang berfaedah.













