SELAMAT DATANG KE PUSAT PENDIDIKAN AL-AMIN KEMAMAN

[SMI] UJIAN KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KRS MUSLEH

Pihak SMI Al Amin Kemaman telah menghantar seramai 30 orang murid dan dua orang guru pengiring ke Ujian Kenaikan Pangkat KRS Musleh 2025. Ujian ini telah dilangsungkan pada 1 - 4 Jun 2025 yang bertempat di D’Amir Chalet, Sitiawan, Perak. Pihak sekolah telah menghantar wakil bagi kenaikan pangkat Sarjan, Staf Sarjan, dan Pegawai Waran.

Antara objektif utama Ujian Kenaikan Pangkat ini diadakan adalah

Besar harapan pihak sekolah agar pentauliahan pangkat serta pengalaman yang diperoleh pelajar yang terlibat dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dikongsikan bersama rakan-rakan lain.

LAGI

[SMI] MSSD BADMINTON

Tahniah buat para wakil bagi acara Badminton MSSD. Pencapaian yang amat membanggakan buat semua atlet, jurulatih, guru pengiring dan penyokong yang telah bertungkus-lumus serta memberi komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan.
Terima kasih atas usaha dan semangat juang yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan pembangunan sahsiah.
LAGI

[SMI] PROGRAM MOTIVASI TOUCH YOUR FUTURE (TINGKATAN 5)

Program Motivasi ini adalah untuk calon-calon SPM 2025 yang telah disampaikan oleh tokoh yang tidak asing lagi iaitu DR Adnan Bin Omar, Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM).
Semoga semua murid mendapat manfaat dari program ini, lebih bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan.
Jazakallahu khairan kathira diucapkan kepada Dr Adnan Omar atas kesudian berkongsi ilmu dengan calon SPM 2025.
LAGI

[SMI] PROGRAM MOTIVASI MENITI USIA BALIGH (TINGKATAN 2,3 & 4)

Program motivasi ini telahpun disampaikan oleh tokoh yang berpengalaman iaitu DR Adnan Bin Omar, merupakan pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM).
Antara objektif program motivasi ini adalah :
1. Memahami definisi aqil baligh dalam perspektif Al-Qyran dan As-Sunnah
2. Memberi panduan mengenai konsep aurat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan
3. Mencadangkan cara yang lebih sihat dan betul dalam oengurusan baligh
Pihak sekolah amat berharap agar murid-murid dapat mengambil iktibar dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.
Jazakallahu khairan kathira diucapkan kepada DR Adnan Bin Omar atas kesudian berkongsi ilmu.
LAGI

[SRISMI] IFTAR PERDANA PIBG 2025

Suasana meriah Iftar Perdana PIBG Al Amin Kemaman 1446H.
Alhamdulillah...terima kasih kepada penyumbang yg budiman , ibu ayah , muallim & muallimah serta anak-anak SRISMI Al Amin yg telah menjayakan Iftar Perdana PIBG tahun ini.
Semoga Allah swt menerima segala kebaikan yg kita lakukan
LAGI

[SRI] JAULAH RAHMAH RAYA 2025 - JARINGAN PENDIDIKAN SRI AL AMIN KEMAMAN

25 Mac 2025, Selasa - SRI Al Amin Kemaman telah menyantuni pemberian Kuih Raya jaringan pendidikan bersama Pusat Pendidikan Daerah Kemaman, SK Sri Geliga Kemaman, Balai Polis & Balai Bomba.
Semoga ukhwah yang terjalin senantiasa dalam rahmatNya.
LAGI

[SRISMI] LATIHAN PERGURUAN MAHASISWA UNIVERSITI MUHAMMADIYAH RIAU

Latihan Perguruan Mahasiswa Universiti Muhammadiyah Riau di Pusat Pendidikan Al Amin Kemaman: Satu Penghormatan kepada Sekolah Al Amin
Tiga orang mahasiswa dari Universiti Muhammadiyah Riau akan menjalani latihan perguruan di Al Amin Kemaman. Dua orang di SMI dan seorang di SRI. Majlis penyerahan siswa tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat SRI yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Perguruan yang diketuai oleh Dekan Fakulti; Pak Pratamabeni. Pemilihan Al Amin sebagai pusat latihan perguruan merupakan satu penghormatan besar kepada Sekolah Al Amin.
LAGI

[SMI] KUNJUNGAN PEGAWAI CODA DARI JEPUN KE SMIAAK SEMPENA PROGRAM IMPLEMENTATION: DIGITAL ETIQUETTE FOR TEENAGERS

Pada 26 Februari 2025 (Rabu lalu), SMI Al Amin Kemaman berbesar hati menerima kunjungan dua pegawai Content Overseas Distribution Association (CODA) dari Jepun. Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Program Implementation: Digital Etiquette for Teenagers, yang dikendalikan oleh Teacher Salma bersama 22 orang murid.
Diharapkan kunjungan ini membuka peluang kolaborasi dalam bidang pendidikan serta pertukaran digital antara kedua-dua pihak. Terima kasih atas kesudian mereka berkongsi ilmu dan pengalaman!
LAGI

[SMI] IFTAR RAMADAN

Kali ini kita memecah tradisi dengan menjemput komuniti non muslim berdekatan untuk merasai suasana harmoni iftar bersama beramai-ramai. Kehadiran anak-anak kita ke program iftar dan qiamulail kali ini juga sangat memberangsangkan. Alhamdulillah.

LAGI

[SMI] KEM KEPIMPINAN SMIAAK 2025

Program Kem Kepimpinan kali ini bertujuan untuk membentuk pemimpin muda yang berwibawa, berdaya saing, dan berintegriti tinggi. Ia juga menjadi platform bagi para pelajar meningkatkan kemahiran komunikasi, membuat keputusan, dan memimpin dengan keyakinan.
"Membina Kepimpinan, Menginspirasi Perubahan".

Maju!

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News


TERIMA KASIH KERANA SETIA BERSAMA PUSAT PENDIDIKAN AL-AMIN KEMAMAN